Hari ni sy ingin berkongsi sedikit pengalaman dan maklumat
berkenaan menderma darah kerana semalam sy dan kwn2
pergi menderma darah utk kali yg ke 2 pada tahun ini.
rasanya pd tahun ni kempen menderma darah di seluruh
dunia agak memberangsangkan, begitu juga dgn
si penderma yg boleh dikatakan bertambah, walaupun
kita tahu masih ramai di luar sana yg takut atau menjadi
fobia secara tiba-tiba bila saja sebut ttg jarum atau darah.
apatah lagi menderma darah....padahal sakitnya spt
digigit semut manja ajer......
so... rendahkanlah hati serendah mutiara di lautan dan
tinggikanlah budi setinggi bintang di langit.
....................dermalah darah..................
Tujuan dan kebaikkan penderma darah
~ mengetahui jenis darah kita (a' o' b atau ab)
~ mengetahui tahap kesihatan kita spt penyakit darah tinggi.
~ menyelamatkan nyawa org lain
~ merangsang badan dan menghasilkan lebih byk sel
darah baru
~ mengurangkan risiko serangan jantung dan
sebagainya.
Jenis-jenis pesakit yg memerlukan darah
~ talasemia
~ leukemia
~ buah pinggang
~ kanser
~ mangsa kemalangan yg memerlukan pembedahan
dan sebagainya.
Siapa yg layak menderma darah?
~ berumur 18 hingga 60 tahun
~ sihat pada hari menderma
~ tidur yang cukup ( melebihi 5 jam )
~ makan dan minum sebelum menderma
~ tidak mengambil sebarang ubat spt antibiotik dalam tempoh terdekat
~ tiada masalah perubatan spt penyakit darah tinggi,penyakit jantung,
penyakit kencing manis atau pembedahan kurang 6 bulan dan sbgnya.
~ tidak terlibat dgn kegiatan spt berikut:-
hubungan jenis ( homosexsual )
hubungan jenis dgn kedua-dua jantina ( bisexual )
hubungan jenis dgn berbagai pasangan/pekerja seks komersil/pelacur.
terlibat penyalahgunaan dadah secara suntikan
menjadi pasangan hubungan jenis golongan di atas.
~ tidak mengambil minuman keras dlm tempoh 24 jam yg lepas.
~ tidak mengambil suntikan imunisasi dlm tempoh 3 minggu yg lepas.
~ tidak menerima rawatan gigi dlm tempoh 24 jam yg lepas.
~ tidak menghidap demam, batuk, selsema, sakit tekak, sakit mata
dlm tempoh 1 minggu yg lepas.
~ kali terakhir menderma 3 bulan.
~ bagi penderma wanita:-
tidak mengandung
tidak mengambil pil perancang/hormone
tidak menyusukan anak
tidak bersalin kurang 1 tahun
tidak datang haid
~ anda tidak pernah tinggal di luar negara dari tahun 1980 hingga
sekarang utk tempoh 6 bulan atau lebih.